Trending

Tanya & Jawab

Blog

Galeri

Teman jalan

Tour & Travel

Tujuan Wisata

Tags

backpackers ke dua kota haram

warkopsuroboyo
warkopsuroboyo, pada 3 Jan. 2013, 2.12
di Galeri

tanya

bisa ngak ya backpackeran ke dua kota haram (makkah dan madinah)?

semoga dapat mengunjunginya Amiiin


Silakan login atau mendaftar untuk mengirim komentar

backpackerM
backpackerM
backpackerM Newbie
pd. 4 April 2014, 5.09

Salam.

Saya baru pulang umrah bersama keluarga seramai 9 orang secara back packer. Alhamdulilah ianya berjalan lancar. Backpack tersebut berlalu dari 11 jan 2014 hingga 23 jan 2014 dengan penerbangan Airasia. Keluarga ada 2 orang yang dah umur 75+, 60+ dan 40+ cuma 3 orang saja.

Itenareri adalah seperti:

1. Beli tiket PP pada awal jan 2013 semasa offer Kul-Jed untuk perjalanan jan 2014 pada harga RM890(harga basic tanpa makanan, seat,barang. Pilih jan 2014 adalah tarikh selamat kerana belum tahu bila tarikh visa di buka selepas haji 2013. Kalau di kira keperluan ialah dec 2013 kerana cuti persekolahan di Malaysia ialah nov/dec tapi masa itu belum tahu.Harga tiket menjadi hampir RM1 ribu bila up gred.
Tiket AA 9 orang
2. Bertolak tanpa halangan dan tiba di Jeddah di Terminal Haji (Naik Airasia). Masa pergi hanya beli 20kgs luggange x 2 orang. 9 orang barang kongsi bag dan check in untuk 2 orang saja. Beg lain bawa sebagai hand luggange. Sampai di Madinah tinggal di hotel New Ansar Palace yang jarak 200 metre dari Masjid Nabawi dan makanan di sediakan oleh orang Indonesia di hotel. Ziarah seperti umrah pakej juga cuma kita guna coaster sebab 9 orang saja.

3. Di Mekah tinggal di Jawhar hotel di belakang Le Meridium jarak 150m dari Haram. Ziarah 3 kali dengan bas sebab tak dapat kenderaan lebih kecil. Masa umrah 2 orang yang berumur kena guna wheel chair pimjam di Haram semasa tawaf dan saie, mereka bukan tak boleh jalan tapi kalau kita kira saie saja 500m x 7 = 3.5km. Kalau biar mereka jalan macam yang lain, berapa lama nak habis. Kita tolah wheel chair sendiri tidak upah orang. Di tempat saie ini ada wheel chair battery boleh disewa pada kadar SAR50 boleh bawa 2 orang dan boleh digunakan lebih dari 2 orang secara berulang selagi battery tak habis.

4. Balik melalui airport Haji,Masa balik bag sudah beranak-anak.Kita hanya beli luggenge 20kgs x 9 orang, tapi barang terlebih lagi. Bila check in tak perlu bayar walaupun berlaku lebihan barang sebab petugas check-in bukan orang AA tapi orang Airport. Nota: Air zamzam 10L kena beli dan ia tidak termasuk dalam timbangan luggange bagi semua flight sebab perjanjian IATA.

3. Kos keseluruhan kurang dari RM3 ribu per orang bersama Rp10.34juta.

Yang bestnya dalam penerbangan AA Kul-Jed lebihkurang 300 orang dari 377 mutan AA adalah orang Indonesia dari Balik Papan dan mereka ikut pakej dari 1 syarikat B.P atau P.B, Mereka terbang dari Balik Papan ke KL hari sebelumnya dan bermalam dulu 1 mlm di KL. Balik dari Jeddah, kumpulan ini tidak lagi sama dengan saya sebab pakej mereka lebih pendek bil hari di Tanah Suci dari group kami. Bila saya tanya berapa biaya Kos umrah mereka, bukan murah ada yang awal tempah dgn P.B kuranglebih Rp16Juta tapi ada yang sampai Rp25juta lebih walaupun dari TA yang sama.
AirAsia
Semasa penerbangan balik, banyak kumpulan dari pelbagai syarikat TA, ada orang sumatra ikut TA Malaysia, saya tak tanya macamana boleh ikut pakej di Malaysia. Tapi masa penerbangan balik, saya tertarik kepada seorang pria yang bawa ayah, mak dan nenek secara backpacker sepenuhnya, sudahlah mereka warga penerbangan yang dapat tiket PP 10%, pergi Madinah cari hotel SAR100/malam sebilik boleh muat kesemua dan ada lebih katil lagi. DiMekah mereka tinggal dengan SAR300/bilik. Mereka beli makan sendiri.

Kesimpulan dari tulisan saya ini, kita boleh berpemergian ke tanah Suci untuk UMRAH cara back packer.

Cadangan penganjur di sini sangat baik ke arah seruan mengerjakan UMRAH cara paling jimat. Ia pun tidak minta uang, cuma samakan tarikh terbang saja untuk senang urusan visa dan ground svs di Madinah dan Mekkah, hotel di Madinah dan Mekkah pun boleh hotel berlainan jika mahu, tidak semestinya hotel yang sama.
AirAsia
Saya ingin cadangkan kita bersedia untuk beli tiket pada seson sejuk samaada dec 2014 atau januari/feb 2015 di mana terdapat tiket lebih murah. Selalu kita lihat penerbangan terus KL-Jedah tambang rendah atau Jakarta-Jeddah juga tambang rendah pada penerbangan berikut;

KUL-JED
1. http://booking.airasia.com/Select.aspx
2 http://www.flynas.com/
3. https://secure2.lionair.co.id/lionairibe/OnlineBooking.aspx
(via Jakartar)
Nas Air
Nas Air

CGK-JED
1. airasia.com
2. flynas.com
3. lionair.co.id

Sebenarnya banyak lagi penerbangan tambang murah yang ada dari CGK ataupun KUL. Rajin-rajin lah cari.

FLIGHT SCHEDULE

Flight Departs Arrives Weekly Frequency
Kuala Lumpur
002 KUL JED 04:40 AM 01:25 PM Sat Mon Thu
001 JED KUL 05:00 PM 02:30 AM Sun Wen Fri

Jakarta
900 JED CGK 09:00 AM 07:20 PM Sun Mon
900 JED CGK 02:20 PM 12:40 AM Tue

901 CGK JED 08:50 PM 06:20 AM Sun Mon
901 CGK JED 02:10 AM 11:40 AM Wen

Tidak lama lagi akan ad penerbangan Air Asia X dari Jakarta - Jeddah, penubuhan Airasia X Indonesia telah di lesenkan demian juga Airasia X Thailand.

Anda kelian juga di jemput membaca forum dan melawat ke blog/web ini:

1. http://bicarathtl.forumms.net/t2352-umrah-persendirian-part-2#24702
2. http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2014/02/persediaan-untuk-umrah-persendirian.html
3. http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2014/03/bagaimana-umrah-persendirian-boleh.html

Dan banyak lagi maklumat umrah back packer di alam cyber ini>

TQVM

Suka 0
backpackerM
backpackerM
backpackerM Newbie
pd. 4 April 2014, 4.42

Umrah back packer bisa aje asalkan tahu caranya

sila lawati

http://bicarathtl.forumms.net/t2352p20-umrah-persendirian-part-2

http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2013/11/umrah-backpacker-pengalaman-umrah_16.html

http://www.backpackerindonesia.com/search/node/umrah?page=1

Suka 0
muleeyanwar
muleeyanwar
muleeyanwar Newbie
pd. 4 Jan. 2013, 8.22

kemaren ane ke gramedia, nah ada tuhh buku tentang backpackeran sambil umrah :D

Suka 0

© backpackerindonesia.com